Saturday 13 July 2019

Kenangan bersama tersayang di Brotherhood


SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN INSHAALLAH TIDAK AKAN KU LUPA...LOVE YOU SAYANG...


TERIMA KASIH KEPADA PIHAK BROTHERHOOD ATAS KESUDIAN DAN KERJASAMA MENJAYAKAN SAMBUTAN BIRTHDAY YANG DIBUAT OLEH CIK TUNANG UNTUK SAYA...TERIMA KASIH....

WESTERN & GRILL KUANTAN


📬A73 LRG IM15/19 BIM KUANTAN PHG M'SIA.
📞0129167483/0102157483
🤗 MONDAY TO SATURDAY
🚪CLOSED ON SUNDAY
🕛 4 PM UNTIL 11 PM
LAST ORDER 10.30PM


Menu Di Brotherhood Western & Grill


Makan western disini memang puas hati hati...Saya kalau bab makan selain dari sedap saya sukakan portion yang besar...Rasa berbaloi dan puas hati dengan apa yang kita makan dan bayar kepada restoran..

Saya tunjukkan beberapa menu yang menjadi pilihan saya setiap kali datang ke restoran ini....



Black Paper Meatball

Grill Chicken Chop

Terakhir sekali even Sg. Lembing Steakhouse pun tak dapat lawan...based on my taste la...hehehehe

Lamb Chop




Monday 8 July 2019

Assalamualaikum...kepada semua muslimin dan muslimat serta salam sejahtera

Bertemu lagi kita dalam jalan-jalan cari makan....hiduplah dengan tenang, makanlah dengan riang...

Restoran western kali ini saya akan syorkan di bandar Kuantan ini ialah Brotherhood Western & Grill salah satu persaing bagi restoran western yang terdapat di Kuantan bagi golongan sederhana...

Posting selepas ini...saya akan cerita dengan lebih detail...

Got to go...have work to do....daaaa

ASSALAMUALAIKUM😎😎😎😎😎

Friday 5 July 2019

Mood kelaut

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita...kali ini mood kelaut sikit...sibuk dengan kerja...assignment...urusan perkahwinan lagi...jadi untuk hari ini kita ambil mood laut sikit....

#jiwaabangkacau


 Lokasi: Pantai Batu Hitam, Balok, Kuantan



Sunday 30 June 2019

Cover Majalah






Angan-angan...

Salah satu tugasan dimana pelajar diminta untuk membuat satu cover majalah. Dalam membuat tugasan ini terbayang kalau satu hari nanti betul-betul ada peluang untuk ditemubual oleh majalah-majalah terkenal contohnya Times. Siapa tahu rezeki, semua itu rahsia Allah s.w.t kalau diizinkan oleh-Nya bukan majalah sahaja TV pun boleh masuk...

Aaamin...

Kalau nak feeling-feeling jadi front page majalah bolehlah cuba buat cover sendiri di laman:


#Jangancakapabangtakpayung
#hiduplahdengantenangmakanlahdenganriang

Moment di Sungai Lembing Steak House


Pelanggan yang berminat untuk mengadakan majlis kecil-kecilan seperti sambutan hari jadi, reunion dan macam-macam lagi boleh dibuat disini kerana mereka turut menyediakan bilik jika anda memerlukan ruang privacy untuk bersama keluarga dan juga rakan-rakan.







Pelanggan juga boleh memilih untuk memilih ruang lain yang terdapat disitu mengikut keselesaan pelanggan sendiri antaranya......





















Kembali lagi bersama saya...

Antara menu yang menjadi kegemaran saya disini yang wajib saya pilih ialah.....


Lamb Chop Sg Mas...berharga RM45 sepinggan. Walaupun persembahan diatas pinggan agak simple tetapi rasanya cukup memikat hati. Gabungan rempah yang meyaluti daging kambing cukup terasa dan dagingnya yang lembut dan juicy cukup terasa bila memasuki ruang mulut gabungan sos lada hitamnya membangkitkan lagi selera dengan terasa kepedasan dan kehangatan lada hitam menambahkan lagi sensasi semasa menjamah juadah ini bak kata pepatah orang putih Don't just a book by it cover. Rasa dahulu baru kita tau...


Pilihan yang kedua yang berjaya menambat hati tak lain tak bukan the one and only The Best Fish and Chip in Kuantan goes to Sungai Lembing Steak House. Masih lagi mengekalkan harga mampu makan RM24 sepinggan. Fish and Chip ini digabungkan dengan Lemon (ikut atas pelanggan nak perahkan Lemon atau tak), mayonis dan salad yang ada rasa manis-manis. Salad ini kalau diperahkan dengan Lemon lagi terasa masam-masam manis. Yang menulis pon dah kecur air liur dibuatnya. Isi ikan yang lembut dan juicy menjadikan hidangan ini sempurna dan salutan tepungnya tidaklah terlalu tebal dan nipis. Just nice.

Terdapat banyak lagi menu di sini, dan yang diatas menjadi pilihan saya...saya akan kongsikan serba sedikit hidangan yang lain-lain....




















ok sampai sini saja untuk saya kongsikan..masih banyak lagi menu yang terdapat disini...

Kepada yang berminat boleh mengunjungi restoran ini pada setiap...

SUNGEI LEMBING STEAK HOUSE

Tuesday - Sunday (5.30pm - 11.30pm)
Monday (close)
☎️ 09-5600566
📱 013-9713990

Sudilah melawat ke page instagramnya https://www.instagram.com/p/BrJ1_dBBM4f/ untuk maklumat lebih lanjut..

Next saya akan kongsi moment atau aktiviti yang disediakan di Sungai Lembing Steak House ini...


#Jangancakapabangtakpayung



Hiduplah dengan tenang, Makanlah dengan riang

Kenangan bersama tersayang di Brotherhood

SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN INSHAALLAH TIDAK AKAN KU LUPA...LOVE YOU SAYANG... TERIMA KASIH KEPADA PIHAK BROTHERHOOD ATAS KESUDIAN D...