Sunday 30 June 2019

Cover Majalah






Angan-angan...

Salah satu tugasan dimana pelajar diminta untuk membuat satu cover majalah. Dalam membuat tugasan ini terbayang kalau satu hari nanti betul-betul ada peluang untuk ditemubual oleh majalah-majalah terkenal contohnya Times. Siapa tahu rezeki, semua itu rahsia Allah s.w.t kalau diizinkan oleh-Nya bukan majalah sahaja TV pun boleh masuk...

Aaamin...

Kalau nak feeling-feeling jadi front page majalah bolehlah cuba buat cover sendiri di laman:


#Jangancakapabangtakpayung
#hiduplahdengantenangmakanlahdenganriang

Moment di Sungai Lembing Steak House


Pelanggan yang berminat untuk mengadakan majlis kecil-kecilan seperti sambutan hari jadi, reunion dan macam-macam lagi boleh dibuat disini kerana mereka turut menyediakan bilik jika anda memerlukan ruang privacy untuk bersama keluarga dan juga rakan-rakan.







Pelanggan juga boleh memilih untuk memilih ruang lain yang terdapat disitu mengikut keselesaan pelanggan sendiri antaranya......





















Kembali lagi bersama saya...

Antara menu yang menjadi kegemaran saya disini yang wajib saya pilih ialah.....


Lamb Chop Sg Mas...berharga RM45 sepinggan. Walaupun persembahan diatas pinggan agak simple tetapi rasanya cukup memikat hati. Gabungan rempah yang meyaluti daging kambing cukup terasa dan dagingnya yang lembut dan juicy cukup terasa bila memasuki ruang mulut gabungan sos lada hitamnya membangkitkan lagi selera dengan terasa kepedasan dan kehangatan lada hitam menambahkan lagi sensasi semasa menjamah juadah ini bak kata pepatah orang putih Don't just a book by it cover. Rasa dahulu baru kita tau...


Pilihan yang kedua yang berjaya menambat hati tak lain tak bukan the one and only The Best Fish and Chip in Kuantan goes to Sungai Lembing Steak House. Masih lagi mengekalkan harga mampu makan RM24 sepinggan. Fish and Chip ini digabungkan dengan Lemon (ikut atas pelanggan nak perahkan Lemon atau tak), mayonis dan salad yang ada rasa manis-manis. Salad ini kalau diperahkan dengan Lemon lagi terasa masam-masam manis. Yang menulis pon dah kecur air liur dibuatnya. Isi ikan yang lembut dan juicy menjadikan hidangan ini sempurna dan salutan tepungnya tidaklah terlalu tebal dan nipis. Just nice.

Terdapat banyak lagi menu di sini, dan yang diatas menjadi pilihan saya...saya akan kongsikan serba sedikit hidangan yang lain-lain....




















ok sampai sini saja untuk saya kongsikan..masih banyak lagi menu yang terdapat disini...

Kepada yang berminat boleh mengunjungi restoran ini pada setiap...

SUNGEI LEMBING STEAK HOUSE

Tuesday - Sunday (5.30pm - 11.30pm)
Monday (close)
☎️ 09-5600566
📱 013-9713990

Sudilah melawat ke page instagramnya https://www.instagram.com/p/BrJ1_dBBM4f/ untuk maklumat lebih lanjut..

Next saya akan kongsi moment atau aktiviti yang disediakan di Sungai Lembing Steak House ini...


#Jangancakapabangtakpayung



Saturday 29 June 2019

Menu dan makanan di Sungai Lembing Steak House

Assalamualaikum...

Lama tak update blog. Janji punya janji baru hari ini free. Ok, seperti yang dijanjikan, hari ini saya akan memperkenalkan menu dan makanan yang terdapat di restoran ini. Mula-mula mari kita lihat menu yang terdapat di sini beserta dengan harganya.

Cover depan menu

Menu utama

Menu sampingan

Minuman



Menu sudah ada, pastinya sudah terbayang-bayangkan macsm mana cara hidangan dan portion yang akan ada dalam pinggan nanti. Apa yang saya boleh katakan, pengujung tidak akan dikecewakan. Makanan disini menyelerakan dan memuaskan. Lepas ni saya akan tunjukan hidangannya. Menu yang akan saya suggest untuk dijadikan pilihan.



Stay Tunedツツ

Wednesday 26 June 2019

Sungai Lembing Steak House


One of the best place in Kuantan to visit...Sungai Lembing Steak House...jalan menghala ke Teluk Cempedak, Kuantan...restoran yang dibuka didalam bangunan 2 tingkat yang mengubah suai dari rumah kepada sebuah restoran...dekorasinya yang kemas dan menarik serta memaparkan sedikit kemelayuan lama dengan gabungan ciri-ciri moden  mewujudkan suasana yang harmoni, tenang dan selesa untuk menjadi tempat kunjugan pelanggan. Disamping itu, pihak restoran juga ada memperkenalkan pakej yntuk sambutan hari jadi dan bermacam-macam lagi. 

Atas serba sedikit pengenalan berkenaan restoran ini...agak skema penulisannya...hehe...bercerita mengenai menu disini boleh buat kecur air liur, terbayang dia punya makananan selain 'portion' yang banyak dan sedap...harganya berpatutan jika nak bandingkan dengan restoran mewah yang lain...dekat sini masih lagi 'affordable' melainkan pelanggan rase nak makan Steak yang ni dia kira lain pula...

Nanti kita sambung dengan bahagian seterusnya berkenaan menu dekat sini ya... 

Stay Tune....Peace


Pembuka Bicara


Dengan lafaz bismillah...

Syukur dengan izin-Nya, dapat saya Muhammad Firdaus bin Mohd Fadzil, No. Matrik: 260720, pelajar PJJ PACE UUM, Semester 2, Cawangan Kuantan, Pahang memulakan blog ini bagi memenuhi tugasan akhir bagi subjek Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan -STID1103-. Tema bagi tugasan blog ini ialah berkaitan dengan seorang Pemburu Makanan atau Food Hunter. Saya memilih tema sebegini kerana saya merupakan seorang pencinta makanan tidak kiralah makanan Melayu, Cina, India mahupun Barat. Saya akan mencuba semua jenis makanan ini yang menurut saya menarik, persembahan yang unik dan yang penting halal. Saya juga akan mengambil kesempatan ini mempromosikan gerai-gerai atau restoran yang akan menjadi pilihan saya. Saya juga berharap penulisan blog saya ini tidak akan terhenti disini sahaja malah akan dikekalkan dan sentiasa update dengan makanan-makanan baru untuk dikongsikan kepada semua.

"Hiduplah dengan tenang, 
Makanlah dengan riang"

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati


Kenangan bersama tersayang di Brotherhood

SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN INSHAALLAH TIDAK AKAN KU LUPA...LOVE YOU SAYANG... TERIMA KASIH KEPADA PIHAK BROTHERHOOD ATAS KESUDIAN D...