Wednesday 26 June 2019

Pembuka Bicara


Dengan lafaz bismillah...

Syukur dengan izin-Nya, dapat saya Muhammad Firdaus bin Mohd Fadzil, No. Matrik: 260720, pelajar PJJ PACE UUM, Semester 2, Cawangan Kuantan, Pahang memulakan blog ini bagi memenuhi tugasan akhir bagi subjek Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan -STID1103-. Tema bagi tugasan blog ini ialah berkaitan dengan seorang Pemburu Makanan atau Food Hunter. Saya memilih tema sebegini kerana saya merupakan seorang pencinta makanan tidak kiralah makanan Melayu, Cina, India mahupun Barat. Saya akan mencuba semua jenis makanan ini yang menurut saya menarik, persembahan yang unik dan yang penting halal. Saya juga akan mengambil kesempatan ini mempromosikan gerai-gerai atau restoran yang akan menjadi pilihan saya. Saya juga berharap penulisan blog saya ini tidak akan terhenti disini sahaja malah akan dikekalkan dan sentiasa update dengan makanan-makanan baru untuk dikongsikan kepada semua.

"Hiduplah dengan tenang, 
Makanlah dengan riang"

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati


No comments:

Post a Comment

Kenangan bersama tersayang di Brotherhood

SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN INSHAALLAH TIDAK AKAN KU LUPA...LOVE YOU SAYANG... TERIMA KASIH KEPADA PIHAK BROTHERHOOD ATAS KESUDIAN D...